6 Disember 2012
Akhir2 ni dia sangat sibuk :(
Jadi rase macam dah tak de tempat nak berbual2. Huhuhu.. Last2 da tatau ape nak buat, jadi rajin baca buku2 pulak. Dulu pantang nampak buku mesti menghadap sampai habis. Tak kira la kartun ke, majalah ke, surat khabar ke... Aktiviti membaca pasti jadi wajib.
Sekarang sekadar jadi peneman masa sunyi ajelah? (-_-)
Buku ni dibeli kat kedai buku Jaafar Rawas, Kota Bharu.
Tajuk : Perbaharuilah Hidupmu Dengan Cahaya Al-Quran
Isi kandungannya.. sedikit berat. Maknanya sgt sarat dan harus mendalami dengan sebaik2nya apa yg ditulis. Cubalah baca, agak bagus juga. :)
Balut plastik elok2 sb nk make sure terjaga elok dari rosak.
Buku ni dibeli kat Ruang Legar, Wisma Darul Iman.
*hari tu waktu tengahari balik rumah. Then sebelum naik lif nak balik opis, tgk ada event kat Dean Besar. Ade jugak org jual buku , dia buka gerai. Belek2 la sekejap. Tertarik dengan buku ni. jadi, terus beli dengan sennag hati!
Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat
Opss.. haruskah telepon I ditayangkan disebelah ittew?~ngeeeee
Penanda buku tu, opis SUK yg bagi kalau tak silap. Apa salahnya diguna utk buku yg sangat bagus ini kan? Lagipun itulah kegunaan penanada buku hahaha..
Ok la review tentang buku ni, semuanya simple dan mudah difahami. Seriously, ianya sgt menarik! Banyak berkisar asas Fardhu Ain.
Orang muda zaman sekarang mana ada masa atau berminat nk mbaca bab-bab agama kan. Jadi, buku ni sgt sesuai sb penerangan dia sgt padat dan apa yg penting, mudah utk faham. Langsung tak bosan. Bermula dengan kelahiran, alam kanak2. remaja, perkahwinan, doa asas dlm kehidupan n etc2 lagi yg sepatutnya menjadi amalan semuanya ada di sini.
Setakat RM 50.00, memang berbaloi2 sangat lah.. Takkan sayang duit kot utk ilmu yg bermanfaat? Kalau ke Mid Valley setakat duit sebanyak itu apalah sangat kan? Jadi, jgn fikirkan harganya. Ilmu takkan sama nilainya dgn duit.
Apa yg mbuatkan Chinta tertarik dengan buku ni, cover buku dia jenis keras. Maknanya tak risau takut terkoyak. Lepas ni, lesson dari tertarik hati dengan cover dia yg juga penyebab utk dapatkan buku ni, pilihlah hard cover utk buku akan datang! :D
Owh panjang plk explain.. Yg penting, ramai kawan2 tertarik dengan buku ni. Ada gambar disertakan bersama tau. Contoh tajuk : solat. Dia ade tunjuk start dari berwuduk sampai la cara solat. Lengkap bacaan solat terjemahan.
Jadi, tak hairanlah warna warni gambar ni mbuatkan adik, kakak, makcik2 yg tengok buku I baca ni terus tanya mana boleh dapatkan buku ni? Suka sgt bila dpt share ilmu dari buku ni.
Tajuk : Saat Cinta Bersemi
Ini pinjam dari kawan Chinta kat opis. Dulu ada gak pinjam novel dari boss... Tapi sekarang tak berani dah hahaha... Nanti dia ingat I ngadap novel je, kije tak buat!
Novel Alaf 21, tak perlu nak cakap banyak.. Semua taw Alaf 21 memang hebat mencipta nama dengan novel yg meruntun jiwa.
Dulu selalu berangan tau baca novel romantik mesti nak lelaki mcm tu jugak. Apekah!
Selalu sangat watak lelaki kacak, kaya, dan perempuan plk lawa, cantik, naif je.. Haishh, skg da tak feeling ngengada mcm ittew lagi.
Bersyukur ada dia yg memberi hari2 ini terasa indah.. Eh, ni pengaruh novel plk I tulis!
Ok la meh nk story sket. Citer dia pasal Nur Dhuha, yg dibesarkan abangnya Badrul *tapi bukan abg dia pun*.. Pompuan ni kije kat Hotel Seri Astana dan dia x tau majikan dia tu, dulu musuh dia masa kat sekolah, dan berlakulah beberapa konflik sehinggalah Badrul 'menjual' Dhuha pada Fendi atas desakan hutang. Tapi Syamir *watak hero td*, beli Dhuha dari Fendi. Tinggallah Dhuha dengan Syamir yg tak sudah2 memdera hati Dhuha dsebabkan sejarah masa sekolah dulu..
Tak boleh cite semua. Beli dan bacalah! Sangat menarik utk dihabiskan weekend nanti sementara tunggu minggu depan tak sabar2 nak jumpa dengan dia si pengarang jantung hati!
No comments:
Post a Comment