Monday, December 24, 2012

Ping Pong KWDI

24.12.2012

Event ni dah lama.. Beberapa bulan lepas. Tapi tak berkesempatan nk up-date.
Lokasi : Stadium Negeri Terengganu.


Ni suasana happening yg panas sgt..bpeluh I tau~tapi semua rilex je sb teruja nak join Ping Pong Anjuran Kelab Wisma Darul Iman  :D

Suke sgt ngn picca ni!
Mummy dgn gaya hoorey-hoorey, memang rase sgt enjoy. Nak join game suka2 kan, tak buley stress nak pikir menang. Rileks suda..
^sempat je jadikan ni desktop backgroud kat pc opis^


Thursday, December 6, 2012

Buku

6 Disember 2012

Akhir2 ni dia sangat sibuk  :(

Jadi rase macam dah tak de tempat nak berbual2. Huhuhu.. Last2 da tatau ape nak buat, jadi rajin baca buku2 pulak. Dulu pantang nampak buku mesti menghadap sampai habis. Tak kira la kartun ke, majalah ke, surat khabar ke... Aktiviti membaca pasti jadi wajib. 

Sekarang sekadar jadi peneman masa sunyi ajelah? (-_-)


Buku ni dibeli kat kedai buku Jaafar Rawas, Kota Bharu. 


Tajuk : Perbaharuilah Hidupmu Dengan Cahaya Al-Quran



Isi kandungannya.. sedikit berat. Maknanya sgt sarat dan harus mendalami dengan sebaik2nya apa yg ditulis. Cubalah baca, agak bagus juga.  :)



Balut plastik elok2 sb nk make sure terjaga elok dari rosak.



Sunday, December 2, 2012

koir..koir...koir...

koir ICU JPM

Belek2 album.. Jumpa gambar2 mse kat koir. Rase mcm 'penat' bila ingat2 balik; latihan siang malam tak kira pagi petang.. Fuhhhh, memang tak sanggup nak join lagik tahun depan '(=^=)



Pose kaw-kaw hanya dengan selipar jepun?


Thursday, November 29, 2012

Bacaan Yasin

29.11.2012

Petang semalam.. kena marah ngn Pengarah.  :(
Terus takde mooD nk bekerja huhuhu. Seb baik da petang, dia marah pun, I senyap shja. Tapi Timbalan tak de salahkan I pulak.. 
Pagi ni datang opis, ade Bacaan Yassin. Terus hati sejuk membeku mcm kena timbun dlm peti ais kat freezer gitu.. Hurmm, biase la ade kesilapan teknikal. Tapi bukan Chinta yg salah.

Ok yg lepas jadikan pengajaran. Yg penting, kesilapan itu bukan berpunca dari Chinta. Cuma sedikit salah faham shja. Abaikan. Di pagi yg indah ini, marilah kite mulakan dengan bacaan Yassin.


Suasana kat luar Bilik Mesyuarat Utama

Wednesday, November 28, 2012

hamper 5S

31 Oktober 2012.

Hari tu, opis ade wat penyampaian hadiah kepada staff2 pejabat sempena 5S. 

Ada kategori Bilik Terbaik, Workstation Terbaik, Zon Terbaik, Zon Paling Aktif, dan bla..bla..bla... itu je kot yg ade dlm senarai?

Terkejut bila diumumkan Chinta dpt Kategori Bilik Terbaik. Eh?!



Hari Istimewa Dia


Hari tu lps balik dari Holiday.. Kite dah plan bagi hadiah kat dia. Simple jer.. 

Tadaaaa! 

Mug dan tea dari Cameron n Birthday Card wif sedikit Strawberry!



Thursday, November 22, 2012

Ieja, my BFF akhirnya bergelar Raja Sehari


Lepas sorang..sorang.. Member2ku bergelar Raja Sehari. :)
Jadi, 10.11.12 adalah tarikh yg mbuatkan aku kembali di zaman silam aku, di Kuantan masa aku belajar kat politeknik dulu.

Weekend~My BFF, Ieja. Dia punya bidai tudung da tak pakai dah.. Rimas katanya. Haishhh... Well, haku dan Bell akhirnya tercapai hasrat tuk menghadiri wedd my frenz bsama pengarang jantung hatinya sejak kat IPTA dulu, Wahir.

Nurisz je lah yg xpat datang. Universiti dia ade program katanya. Tak apelah, myB nt Chinta kawen kot baru dia pat dtg~ngeeee


Tuesday, September 18, 2012

biarkan gambar bercerita


Sekeping gambar mampu menterjemah seribu erti. Eh...Tetiba je kan?

Ada beberapa keping gambar dlm peristiwa berlainan yg aku rase ia cukup bermakna; mungkin dari segi situasi tu yg menarik hati aku utk dikongsi atau ada sesuatu kejadian yg mencuit hati.

Masa mula2 aku tgk balik gambar ni *after one years baru aku perasan gambar2 Maulidurasul ni* aku sebenarnya nervous sgt. Ni first time aku terlibat dengan perarakan semacam ni. Teruja? Takde tahap smpai mcm tu. Cuma takut2 jugalah muka aku sb orang ramai sgt kan.. Sebenarnya sb aku berdiri sengsorang kat depan yg buat aku nervous! Hahaha.. Tapi pengalaman kali pertama ni buat aku dah biase sorang2 *sb hingga ke hari ni dah 3x aku kena bawak plak jabatan utk program berlainan* dan ia sesuatu yg mbuatkan aku ingat pd peristiwa ni.


Sebelum perarakan. Theme, favourite colour aku la.. Hijau yg sgt... cantek..

kek tanda ingatan :D


Hari tu besday Cik Rusnani, KPP office yg jaga Pengurusan. Maaf cakaplah, sy sangat cemburu dengan kecantikan awak Cik Nani!


Kek tanda ingatan *celebrate sehari selepas birthday dia* Kek biasa sje tp yg penting kami ingat birthday dia. Tak la beria2 tp sebagai ingatan dr staff2 terhadap boss. Takmo cite di sini soal2 konflik office, perkara tu berlaku di mana2 jua,.... Hepi besday Cik Nani, semoga cepat bertemu jodoh yg soleh dan baik. Kacak dan juga hensem!~ *Larikkkkkkkk*


Wednesday, September 12, 2012

Merdeka & Raya Aidilfitri


Selamat Pagi Chinta!

Nyway gamabr2 Merdeka belum upload.. Gambar2 Raya pun ada.


Sekali lagi... Again n again, i have no choice.. Berdiri la kat depan sekali utk kali ke 3.. Dapat tempat ke 6 utk Kategori Badan Kerajaan Tidak beruiniform. Kira Ok ape?


Bersama dengan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terenganu di gerai nasi Beriani. Majlis disambut bersama Pejabat Pelancongan Neg. Terengganu. Wajah2 ceria mcm gula Melaka gayanya! :D

Wednesday, March 14, 2012

Sambutan MaulidurRasul


Salam Maulidur Rasul~

Paksa rela kena duk barisan palinggggg depan.. Tahun lps jugak begituw... Kalo bleh da x mo duk depan sekali, segan ngn org sekeliling. Ramai sgt yg datang tengok perarakan Maulidurrasul yg tersangat ramai penyertaan.

Dapat tempat ke-2... Congrates!