xTvT office & xTvT Chinta

Yang latest... Tetiba rasa rugi ade blog tapi sepi sahaja. Oleh itu mencurah2 rase nak up-date gambar2 percutian; Cameron Highland!

Semuanya gambar tak tersusun. Hokeh takpe abaikan sahaja.


Dia.. Bidadari yang cantik. Teruja nak bergambar bersama!


Erkk.. Kenapa muka bam.. bam.. sgt! :(



Katanya gambar utk laman web nanti. So, beramai2 memenuhi ruang kosong. Haku nak check laman wen nt *excited sb muka selalu ada dlm laman web especially bila jadi muka paling depan dan di close up kan ekekekeke*

Yang takleh blah, Chinta lentok kepala kat bahu dia. Huhhh, scene ngada2.


Siap pegang tangan. Ecehhh.. Ngengada nk bgambar dgn org cantik!


Ni mse dah siap bgambar. Nak balik naik bus. Gaya Superman!


Eh, dia pun T.I.R.U gaya bebas mcm I lah~ngaaaaaaa


Nak ke MARDI pulak. Jom!


Inilah pintu masuk ke MARDI. Dari jauh da nampak bunga2an yg chantek ittew~*terpegun*

Fyi, memang ramai sgt org pada hari tersebut. Weekend dan cuti umum la katakan...


Runding harga tiket. Mestilah nak murah, harus runding kaw2. Ish, ingatkan masuk free. Eh ade lak semua nk free? Hahaha~


Masa ni tengah posing maut depan DSLR Pija.. Bajet sejuk hingga pakai sweather? *Lepas setengah jam ntah ke mana baju sejuk*


Kenapa harus haku selalu bgambar manja dengan bidadari ini? Oh Tuhan, dia mmg sgt cantik..


Makan ice-cream strawberry. RM 2.00 sahaja. Ade topping yg enak.

*Note: Topping eskrim tersebut likat, mcm sundae yg dbeli kat mcDonalds.


Jalan jammed. 4 jam terperangkap. Rasa macam mau guling2 dlm bas yang air-cond sejuk teramat. "Dalam hati cakap mcm ni : sejuk mcm ni, baru dlm bas. Kat luar tu mesti lagi sejuk segala bagai"

Jgn haraplah mcm itu. Panas je pun kat sana. Cuma suhu dia sejuk sedikit berbanding tempat Chinta tinggal.


Lupa nk ckp.. Ni gambar dari tingkap apartment. Nyaman je udara dari sini. Kat Tanah Rata apartment kitorang.


Pagi. Sementara tunggu bas datang, pekena roti telur plus hot water mcm biasa, tea tarik. Semua versi mamak. Pergh, terbaik!


Ni kat Taman Rama-Rama.

Actually, sgt tak perasan di sebalik ular hijau sehijau tudung aku pakai ittew, kamera terarah pada haku di belakang sana! Ouchhh.. Chinta hanyalah camera compact sahaja. Tak mampu DSLR lagi. Tapi, bersyukur dgn apa yg ada :D


Sgt besar. Kura2 ni makan sayur kubis cap cameron Highland yang segar dari ladang. Tengoklah, rakus btl makan.


Ok tinggalkan seketika pasal kura-kura gergasi. Ini masa tuk Butterfly Farm. Bayaran RM 3.00 kalau silap maaf ye. Kura2 tadi sebenarnya ada di farm ni jugak.

Tapi.. rama-rama yg ada kat sini tak sebanyak dlm pict member yg pegi Cameron hari tu. Hurmm.... Agaknya ni farm yg lain kot?


Merangkak nak naik. *kembali kepad kura2 td*


Jeng..jeng..jeng.. Akhirnya ia hinggap di jari jemariku :D


Close up sket..


Ok. Kena ada maklumat juga. Takkan semata2 gambar Chinta menghiasi blog.

Ade pokok2 bunga. Ini salah satu buktinya. Ros putih. Eh.. mcm citer Rosalinda plk rasenya whahaha...


Arnab. ^Tapi kan mse tgk tu mcm bukan arnab tau. Tak tahulah ape dia?^


View dia lawa. Jadi apa salahnya bagi sedikit post menarik kan?


Hamboi terkejut!

Kat kampung I takde sebesar ini ok! (@_@)


Kat bilik hujung Taman Rama-Rama ni, ada satu bilik. Ada serangga2 yang dah diawet dan ditampal kat dinding berkenaan. Jadi sah-sah la tak boleh sentuh.


Tak pe. Kita tengok je.


Sekuntun mawar merah, sebuah puisi *baca dlm versi lagu*


Bunga2 kat sini, tak sebanyak seperti kat Australian Garden masa ke Sabah hari tu. Tapi, ok lah utk tatapan sbg kenangan dlm kamera kecil yg kiut di masa akan dtg.


Posing.

Pantang nampak mawar terus nak bergambar.


Amboi, merenung anak dara orang! Hai, saya Chamelon.


Yang ni takmo tenung2. Pemalu~


Belalang besar. Susah woo nak posing live mcm ni. Sebesar ni nak jumpa Pak Belalang memang susah.


Rama2 oren :B

Auwwww cute2!


Sejam tengok2 view, kteorang keluar. Lps dah kuar baru nk bergambar kat pintu masuk. Nak tengok cenderahati plk. Jom!


Ni souvenir dia. Cantik2 kan?


Ini gambar kedainya. Lepas penat belek2, tapi tak beli ape2.. kami keluar. Hahaha~

Eh, bidadari itu. Tak berniat nak ambik pict dia. Saya tak bersalah, jgn salahkan saya! ^Pekup muka kat bantal^


Ini gambar mse kat tempat Cactus Point, mak aih.. ade ke yg larat nak beli sebesar ini kaktusnya?


Cuba buat muka cun. ^dan memang selalu begitu??^


Antara gambar kaktus yg ada dlm koleksi. Banyak sgt nk share, tak apelah sekeping dua shja. Lain2 simpan dlm kamera.


Cactus Point. Ok, dah. Balik. //Informasi:Beli kaktus sekotak!//


Ladang Strawberry plk. Jom petik sendiri dan bayar sebelum makan. Pick own your strawberry baby!


Masa singgah beli-belah, makan coklat strawberry. I mean, strawberry yg dipalit hot chocolate. Lps beberapa ketika, coklat tu keras melekat kat strawberry.


Tenggelam di ladang teh.


My Bestfrenz~Pija si jurukamera.


Berpanas2 di ladang teh, berusaha panjat naik tangga demi utk berposing lagi hahaha. Memang penat termengah2 akibat kurang exercise akhir2 ni. Cameron Valley!


Pija yg dah siap mbeli belah.
Apa yg Chinta beli? Huhuhu.. Tak lama lagi birthday dia, jadi ade sesuatu yg menarik Chinta belikan. Hope dia suka. :D
.:belek hadiah punya la lamaaaa:.


Coklat2 di kedai tersebut. Maaflah, org tersangat ramai. Hanya tunggu di luar, jadi tatau ape lagi yg dijual di dalamnya.


Petang tersebut *ntah hari yg keberapa tp rasanya sehari sebelum hari last* kami akan berkumpul utk dinner dan bas akan dtg lepas Maghrib. Jadi ptg tu pulang awal. Sesapa nk rehat dipersilakan.

Apa guna datang holiday jauh2 tp nak berehat2 kan? Haku manalah tau erti penat, hikhikhik... Tamo explain panjang2, Chinta dan Pija bergegas pusing2 bandar dgn berjalan kaki *agak jauh jugalah dari apartment*. Penat? Tolak tepi. Gambar tempat ni, hanya kami berdua yang pegi hehehe.. Kira xclusive la..


Muka penat, memang terserlah. Tapi nk posing jgk!


Waktu dan suhu ketika itu.


Sape ntah wat gaya Titanic itu. Sila abaikan mereka. Ape ingat kau sorang nak hambek gambar? Fokus kepada Cik Chinta disebalik jagung dan kubis.


Nak otw balik lepas jam dah 6:40 petang. Malam ni nak keluar lagi. Haruslah balik awal~Tanah Rata view.


Ini dinnernya. Biasa2 je tp rezeki jgn ditolak. Nama pun makan free.


Esok hari, setelah tidur dengan nyenyak.. Tengok view yg indah. Pagi yang cantik.


Bunga yang cantik. Perlu ke aku pinjam kamera DSLR Pija dan eksyen sedemikian? Tak.. Sebenarnya Chinta tukang hambek gambar2 member2, itu yg jd sedemikian~Sekian penjelasannya hehehe.


Peluk tiang mcm takmo lepas! Ada ladang2 dengan pokok2 tanaman MARDI. Tomato, kubis, pelbagai kekacang, sayur2, buah2 tanaman tempat sejuk *pikirlah sendiri ape buahnya penat nak upload di sini~ngeee*


Masa kat MARDI. Kenapa suka sgt pose dengan gaya yg sama, mimik muka yg serupa dengan setiap bunga Mawar? ^itupun perasan setelah belek2 semua gambar. Ada persamaan!^


Dah tak tau nak tulis ape...


Hasil belian Chinta di Kea Farm.. Ini mau setahun minum teh ajelah jawabnya!


Pilih punya pilih.. Bagi perisa ni tuk boss.
Sedikit strawberry dan ade key-chain comel utk dia. *saya tengok key-chain itu disangkutnya di beg besar yg beliau selalu bawak bile nk out station or meeting luar daerah*


Td pict mse pagi... Sekarang gambar waktu malam plk. *bunyi suara cengkerik*


Pagi : Naik bas. Nak start travel mbeli belah balik. Kan itu mmg tujuan utama ke sini kan? Ke setakat nak snap picture sbg koleksi dlm kamera compact?


Jelitawan2 dlm bus tersebut.


Mase bekpes pagi. Semua senyum je, sb tu ade pepatah "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati".

Kite da tak bekpes. Sb dah mam roti canai mamak tadi.


Ok ade sedikit story masa kat Butterfly Farm.
Ade terjumpa telaga ni. Kredit gambar dari DSLR Pija. I tatau pun adenya telaga ini!

Menurut kepercayaan ^dari apa yg disampaikan Pija^ bila kita lemparkan duit syiling dlm telaga dan buat permintaan, nanti akan tercapai hasrat yg dicita-citakan. Bunyi mcm tahyul.. Dalam Islam tak ada tau kepercayaan mcm ni. Jgn ada orang buat begitu semata2 informasi Chinta dan kalau tak jadi salahkan I pulak! I tak ajar okeh.. Huhu. But for non-muslim mungkin diorang percaya mengikut kesesuaian agama masing2. So, tepuk beg, tanyalah syiling!


Lagi picture yg di snap.


Dalam terowong lepas pusing2 kat Butterfly Farm td.


Time kat Cactus Point, tertarik dengan kaktus2 yg dihias cantik dlm pasu bunga ni.


Rombongan Cik Kiah nak melawat Ladang Teh!


Mcm nak landing2 je atas ladang nih~meowwww!


Asik2 gambar Chinta.. Meh nak kenalkan beberapa org lain yg pegi jugak.

Ini je yg ade dlm simpanan kamera. Tak tahulah kamera Chinta atau kamera Pija yg mahal ittew hehehe. Ok berbalik psl gambar ni, diorang ni majoriti semua pembanci office. Boleh kate memasing bawak partner.


Ini plk tak bawak partner, semua g bawak diri sendiri je. Sebab nak enjoy katanya.


Cakkkkk!


Lagi gambar kat replika gergasi.


Ni hari last lps dah check-out apartment. Panas wooOo.. Janji tepat masa 7:30 am dah ready tgu bas. Tapi dah kol 8:30 am tak sampai2 lagik.. I puteri lilin, tak tahan panas taw! Ini la dikatakan janji Melayu. Sabo ajelah.


Chinta ade bunga. Kau ada? Tak de kan...


Sementara tunggu rundingan harga tiket tym kat MARDI ittew, marilah memeriahkan memory card dgn bergambar.


Lagi....


Dan lagi.... (^________^)


And more??


Kat Mardi. Nampak je stoberi beso, teruh g hambek gambo.. Huhhhh...


Chinta dan Pija.


Rase letih sgt sb asik sebok senyum tuk amek gambar. Pantang nampak kamera, terus we ols terjah nk ambek pict. Dahsyat!


Dalam banyak2 picture kan, suka sgt ngn gambar ni.. Tak tahulah kenapa??


Say something about diz photo~please give me any idea to talking bout diz.. idea, datanglah! _kepala jammed sb byk sgt nk pk ayat2 hahahaha_


sweet2!


Penat tgk gambar sdiri jer. Eh, inikan blog I. Suka hatilah nk letak gambar ape?
Ok, seterusnya.. Mse kat MARDI, ade kubis.


Tomato. Ataupun dlm bahasa omputeh ialah tomato. Hahaha.. Lawak tak? Lawak tak?


Sunflower.. Tema saya mmg sunflower.


Anggur.


Labu?


Mcm brokoli tapi sah-sah bukan brokoli.. Serupa ngn bonsai tp lupalah ape namanya.


Kubis. ^^mOod malas plus letih kematu menaip.. tulis sepatah2 je^^


Semua tu, boleh didapati di MARDI dengan signboard di atas.


Ni la gambar last mse ke MARDI. Lepas tu mbeli belah di Kea Farm dan btolak balik.
Enjoy!

No comments:

Post a Comment